Tuesday 14 August 2012

cinta x mengenal usia !


Assalamualaikum n good evening semua .. puasa tak ? kalau yang puasa tu bagus lah .. kalau yang tak puasa tu jangan makan dpn-2 org puasa pulak.. tak baik tau :P
aku ade benda nak disharekan dekat blog nie.. sebabnya aku rasa blog nie memberi ketenangan kepada aku bila aku meluahkan segala isi hati aku..bukan ape, aku dah tak percaya pada org sekeliling .. takot org-2 yang aku cerita tu ''mulut tempayan'' nanti pape hal kan susah ..
Tapi bukan tu yang aku nak kupaskan ..kejap ehh ..
ehemmm ! 

ENTAH kenapa aku susah nak tidur lepas sahur tadi.. fikiran aku teringat pada seseorang..
seseorang yang mampu membuat aku tenang ..setiap kata-kata yang diluahkan membuatkan aku terdiam dan tak mampu berkata-kata.
Apabila aku berdua dengan dia aku rasa aku menjadi org lain . bukan beeha yang couple-2 aku kenal.
Apabila aku bercerita dengan dia, dia akan setia mendengar cerita aku walaupun kadang-2 cerita aku tu membosankan ..tapi dia tetap setia memandang wajah aku bila aku bercerita..
Apabila dia berkata-kata,memberi nasihat ,bercerita membuatkan aku berminat nak dengar .. Dia mempunyai tarikan yang amat kuat !
Apabila aku meminta pendapat ,dia akan memberi pendapat yang positif.. sampai text 2-3 page.
Dia pernah bertahta dihati aku ,tapi sayang ..hubungan kami tak berpanjangan.. dan masa tu kami baru berkenalan.. 
Perkenalan kami tidak disengajakan ,kami berkenalan menerusi lawan sesawang iaitu Facebook.
Ya, Facebook yang telah menemukan aku dengan dia.
Pada mulanya kami hanya berkawan biasa,tetapi apabila aku melihat cara dia melayan,cara dia berkata-kata telah menarik perhatian aku untuk lebih dekat dengannya..
Macam aku cakap tadi,hubungan kami tidak berpanjangan.. Tetapi kini kami masih berkawan baik.. 
Seperti manusia biasa yang mempunya hati dan perasaan,,tak mungkin perasaan sayang aku terhadap dia akan hilang begitu saja.
Aku cuba nak buang perasaan aku terhadap dia,tapi tak boleh.
Aku tahu die hanya menganggap aku sebagai teman biasa.
Aku tahu ada orang yang menjaga die dekat tempat belajar ,orang yang sentiasa ada 24jam dengan dia.
orang yang menjaga makan minum dia,orang yang menjaga demam dia.Beruntungkan dia.
MUNGKIN adanya aku dan orang tu membuatkan dia sukar nak membuat pilihan .. ATAU pun dia sedang menunggu seseorang ??
ENTAH LAH .

Aku cuba dengan pelbagai cara untuk memikat hatinya balik,tetapi die bukan orang yang mudah sangkut.
Itu yang membuatkan aku bersungguh-sungguh nak dapatkan dia balik.
Aku hanya mampu bersabar dan mencuba..
cuba dan terus mencuba tuk dapatkan hatinya balik.
walau badai datang melanda ,walau dugaan mendatang sekali pun aku tetap setia pada dia.
ya ,aku akan setia menanti dia.

Yang pasti ,
aku sangat menyayangi dia .
sangat-sangat menyayangi dia .
kenangan awak bersama saya takkan semudah melepaskan batuk ditangga tuk saya lupakannya :) 
kerana setiap masa saya bersama awak sangat berharga.

I'M SORRY I CAN'T BE PERFECT :)

Sekian dari saya .............


No comments:

Post a Comment