Wednesday 7 November 2012

kisah sahabatku :)

assalamualaikum dan selamat petang ,
hari ni cuaca sangat baik, tak ujan pon, tapi masyaallah panasnye bukan main terik lagi.. 
kat kampung aku air sungai dah naik.. kebun semua dah banjir, ade lah dalam paras ats betis..
tapi aku bukan nak cerita pasal tu, anggap je lah ia sebagai mukadimah pada ptg ni. hee

hari ni aku nak cerita pasal sahabatku ateen ( bukan nama sebenar) a.k.a mok mok


PART I
aku teringat kisah suatu malam aku turun club house sbb aten ajak study ekonomi.
dalam masa tengah study tu aku asyik bahan dia jep,
sampai satu tahap tu , agak nya dia tak tahan gn bahan aku .. dia kata nak balik 
pastu aku bahan dia lagi, then dia cakap nak balik and tibe-2 tada mood.
aku cakap nak balik balik lah.
tapi dia tak bangun dari tempat duduk pun,
last sekali aku nak test dia.
aku cakap macam ni :
* dari tadi kata nak balik nak balik, fedup tol.bia aku jelah yang balik.
aku terus kemas buku ,barang-2 semua. aku terus blar dari cafe .
echah : sahabat aku juga, dia cakap kat aten, pujuk lah byhaa..
dah lepas dari cafe tu, aku duduk tangga berdekatan dengan court tennis.
tiba-2 aku terdengar suare budak panggil aku, aku macam kenal suare tu patu aku pandang belakang .. 
rupa-2nya ateen yang sedang panggil aku n berlari-2 kejar aku..
aku dah nampak dia kejar aku , aku terus lari lah kononnya.
TAPINYA
dia tengok aku larikan diri, die boleh cakap .. 
OK FINE !
dah dengar macam tu , terus aku pusing belakang. 
EH DIA NAK PEGI MANA TUH ?
 aku tanya kat *hani , mira , aini dan echa
berlari aku tengok ateen nak balik rumah..
aku pujuk dia,ateen marah ke , hahahaha jangan lah marah , aku saje nak test kau . kau pujuk aku ke tak kalau aku merajuk..
lepas tu ateen cakap.
BAGUS BYHAA,, MALAM NI KAU JADI PELAKON TERBAIK, ESOK KAU AMEK ANUGERAH OKAYY ..* buat muka marah
berlekek lekek aku gelak kan dia..
last sekali aku hantar dia balik rumah, end aku dapat air tin dia belanja sbb abru dapat gaji dua hari kerja.. haha ..
*kenangan tu aku tak kan dapat lupa, hanya org-2 yang ade masa tu je yang dapat membayangkannya betapa realnya aku merajuk masa tu .

PART II
pagi tuh aku , as, kak echa gn ateen study sebab petang tu exam final ekonomi .
hari tu hari last kami bersama keempat-2 sahabat ni.
soo masa tu aku nak bukak coklat caburry , tapi jari telunjuk aku sakit sebab semalamnya terkena selumbar.
jadinya aku suruh lah ateen bukak kan , sebab aku nak sampulnya. aku suruh dia bukak baik-2.
bila aku tengok dia dah bukak coklat tuh, sampul coklat tu dah koyak. aku marah kat dia.
petame kali aku marah dia,
lepas tu dia tanya, byha marah ke ?
banyak kali dia tanya ,tapi aku still baca buku.
tetiba dia cakap nak balik lah ..
aku biarkan dia pergi, aku ingat dia main-2
lepas tu akak echa cakap ateen nak pegi mana bawak baju ?
*aku terdiam 
aku dengar org bukak pintu rumah , pastu as yang pegi tengok dia sampai ke lif
pastu aku tanya as , ateen balik ke ? dia dah naik lif lom.
as kate dia dah naik lif.aku baru nak kejar dia.
aku merungut, ee dah la coklat mix nut ni tak sedap. kan aku cakap nak hezul nut, knp amek mix ? as : ateen yang amek coklat tu , sbb dia nak makan same-2 gn kau .
terpampang muka aku dengar, rase bersalah terus menyelubungi hati.
dalam nak study tu hati aku tak keruan seyh . betul-2 tak sedap hati dia blar macam tu.
aku try call dia, tapi satu panggilan pon tak angkat.
kak echah macam mane ni, knp dia balik ...
kak echah : dia merajuk gn byhaa lah tu, kau kan tak penah bentak-2 dia, 
aku dah tak sedap hati dengar akk cakap macam tu, aku terus tekan lif kelau pegi rumah dia, tiba depan pintu rumah dia. aku ketok-2 dia tak bukak,
macam nak berdarah tangan aku ketok pintu umah dia.. last sekali aku dengar lonceng kaki dia.. 
dalam hati yess dia bukak pintu..
kenapa balik rumah ? 
SAJE NAK STUDY KAT RUMAH
jum study same-2 kat atas
tak nak, gi lah balik 
ni marah pasal ape? pasal coklat ??
tadelah
da laa jum balik
gi lah balik
cepat lah aku banyak lagi tak study ni
ar gi la balik
aku nak study same-2 gn kau
*diam
lau tak nak balik , aku amek buku aku study kat sini ea.
*diam
yunk, pls la jgn mcm ni , aku tak stdy agi ni, mane baju kurung kau, meyh aku bawak , jum study kat ats
lepas tu dia ikut pon aku balik, 
lepas tu dia cakap, 
pandai tak aku berlakon ? pelakon terbaik kan . jumaat ni aku dapat awardd! 
cehh, mmg pelakon terbaik, part buat aku rase bersalah n sangat-2 sakit ati bila kau buat muka tadi tau tak..hahaha
kisahnya dia nak balas balik ape yang aku pernah buat kat dia haritu,.
haha. memang betul-2 tak dapat lupakan kisah tu. hanya aku dengan ateen je yang tau mcm mane happynya kitorang..
sooo cuit :)
 thanks sudi happykan hari-2 sukar aku dengan mimik muka , kespontanan kau bercakap buat aku gelak sepanjang masa dan masakan kau tiap-2 hari serta air panas yang kau buat tok aku setiap subuh tengah study.

thanks jugak kepada akk echah dan as yang sudi jempot aku tidur rumah akk sepanjang dak uitm cuti sem ni.tanpa korang aku tak kan gemok macam ni , sbb korang salu sumbat makanan dlm mulut aku dn memenuhkan perut aku gn masakan korang..hahah.. lagi-2 as yang salu sumbat asam yang teramat masam kat mulut aku.. puihh . hahaha
thanks sangat-2, aku sayang korang 

at dataran pahlawan -akak echa, as, dan ateen 

okay sampai sini jer yang aku nak kongsikan cerita kisah hidupku bersama kawan-2 yang sentiasa ada dwktu susah dan senang .
thanks kepada yang sudi membaca blog ni :) 

assalamualaikum .



No comments:

Post a Comment